Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 18 Nov 2018
Versi 8.1.2
Demografi Daerah Song
Tarikh : 05 Mar 2013
 

Demografi Daerah Song

Picture

Daerah Song merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di Negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Daerah Song telah wujud bersama dengan pengisytiharan Kapit sebagai sebuah bahagian pentadbiran dalam Negeri Sarawak pada 2 April 1973. Bahagian Kapit merupakan satu-satunya bahagian pentadbiran di Negeri Sarawak yang hanya boleh dihubungi dari kawasan luar melalui air dan udara sahaja, ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang menjadi tempat perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song – Kapit selain destinasi lain.


PicturePictureDaerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia terdapat berberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit.

Daerah Song terletak di Wilayah tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan di selatan, di kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song.

Daerah Song berkeluasan 3,935.20 kilometer persegi. Dari segi geografi nya, 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok – pokok kayu bernilai. Daerah Song selain direntangi oleh Sungai Rejang yang merupakan sungai utama dan terpanjang di Malaysia, terdapat beberapa cabang – cabang sungai utama seperti Batang Katibas (Sungai utama), Sungai Song, Sungai Iran, Sungai Manap, Sungai Lajan dan Sungai Lijau. Sungai – sungai ini merupakan penghubung utama ke kebanyakan kawasan ataupun penempatan di Bahagian Kapit, Kawasan Song am nya. Daerah Song terletak di Wilayah Tengah Negeri Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan Selatan, yang mana kawasannya yang menganjur dari timur hingga ke selatan. Pusat Pentadbiran Daerah ini terletak di Pekan Song.

Penduduk di Bahagian Kapit adalah seramai 112,762 berdasarkan pada bancian tahun 2010* dan Daerah Song pula seramai 20,595 orang (Berdasarkan perangkaan 2010). Terdapat pelbagai kaum di Song dan Kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 80 % daripada masyarakat di sini. Kaum – kaum lain ialah kaum Orang Ulu, Cina, Melayu, Melanau dan Bidayuh.