Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Kemaskini Pada: 15 Okt 2018
Versi 8.1.2
Senjata ApiSenjata Api
Tukar Hakmilik Senapang Patah

MAKLUMAT UMUM

Pada ketika ini, Permohonan Pemindahan Hak Milik Senapang Patah hanya boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu;-

1.       Melalui Probet (Pemilik sudah meninggal dunia), dan

2.       Semasa Hayat (Pemilik masih hidup).

Untuk kedua-dua cara di atas, Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti Laporan Kesihatan oleh Doktor daripada? Klinik atau Hospital Kerajaan dan senjata api telah diperiksa oleh pihak Polis dan didapati berfungsi serta masih boleh digunakan. Tapisan keselamatan terhadap pemohon akan dilakukan oleh Polis setelah borang permohonan yang dihantar oleh Pejabat Daerah Serian.

Bagi Permohonan Pemindahan Hak Milik Semasa Hayat, syaratnya adalah seperti berikut:-

1.       Pemilik senapang mestilah berumur 65 tahun ke atas. Jika tidak (belum mencapai usia tersebut), Laporan Kesihatan dari doktor kerajaan (Klinik atau hospital) perlu disertakan.

2.       Hanya dipindah ke anak pemilik sahaja. (lelaki atau perempuan)


UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Akta Senjata Api, 1960

Pekeliling-pekeliling

 

DOKUMEN SOKONGAN APABILA MEMOHON

  1. Dua (2) keeping gambar berukuran passport,
  2. Salinan asal lessen senapang patah,
  3. Surat pengesahan pemeriksaan senapang patah,
  4. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pemegang surat kuasa pentadbir,
  5. Salinan Sijil kelahiran/Surat Sumpah pemohon,
  6. Salinan surat kuasa pentadbir (Letter Administration) dan surat persetujuan daripada pemegang surat kuasa pentadbir,
  7. Salinan geran tanah atau surat pengesahan pemilikan kebun/tanam-tamanan daripada Ketua Kaum,
  8. Surat menyimpan senapang patah di Balai Polis bagi melalui probet, dan
  9. Resit Bayaran RM2.00